Friday 2 October 2015

4 Langkah mencegah serangan asthma

Bismillah..
Entry kali ini nak berkongsi dengan para pembaca bagaimana untuk mengawal asthma berdasarkan pengalaman saya bersama anak saya.

Selepas Ikhwan berusia setahun, dia sering diserang masalah pernafasan dan sering ditahan wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah selama 3-5 hari.

Pada peringkat awal, doktor belum mengesahkan Ikhwan menghidap asthma kerana faktor usianya yg masih kecil. Semenjak itu, hampir setiap bulan Ikhwan memerlukan bantuan pernafasan menggunakan nebulizer dari Klinik Kesihatan berdekatan. Ketika ini Ikhwan belum dibekalkan inhaler kerana doktor pakar belum mengesahkan penyakit Ikhwan.
Ketika Ikhwan berusia 2 tahun 4 bulan barulah doktor mengesahkan Ikhwan asthma dan membekalkan Inhaler sebagai pencegahan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah pernafasan ini berlaku. Saya sertakan bersama langkah-langkah untuk mengatasinya.



Faktor :
Cuaca yang tidak menentu samada terlalu panas atau terlalu sejuk ataupun panas dan sejuk tidak menentu boleh membuatkan masalah pernafasan berlaku. Suhu badan yang tidak stabil akan mengganggu sistem tubuh dan boleh mengakibatkan demam.

Pencegahan 1:
Mengawal suhu badan
Ketika cuaca panas terik, saya biarkan Ikhwan tidak berbaju didalam rumah.cukuplah hanya berseluar. Ikhwan juga saya tidak biarkan terdedah dengan cahaya matahari diluar rumah. Waktu untuknya bermain diluar biasanya selepas jam 5.30petang.
Ketika cuaca sejuk, Ikhwan akan berbaju lengan panjang dan seluar panjang.



Faktor : Ini merupakan penyerang utama bagi Ikhwan. Dia mudah jatuh sakit apabila bermain atau berhampiran dengan sesiapa sahaja yg sedang selsema atau batuk.

Pencegahan 2:
Elakkan pesakit asthma berhampiran dengan sesiapa shj yg kurang sihat. Ini adalah yang paling sukar dilakukan dlm langkah pencegahan asthma. Apabila mereka dijangkiti batuk dan selsema, Asthma akan lebih mudah menyerang kerana kuman telah berada didalam paru-paru mereka.





Faktor: Asap rokok dan bulu haiwan boleh memasuki ruang paru-paru dan menggangu pengaliran udara. Walaupun bukan pesakit asthma juga mudah terganggu dengan kedua-dua ini.

Pencegahan 3 :  Jauhkan pesakit asthma dari orang-orang yang sedang merokok. Elakkan membela haiwan berbulu didalam rumah. Sekiranya suka dengan haiwan berbulu, pastikan tidak mencium haiwan tersebut.

Inhaler yang dibekalkan kepada Ikhwan

Inhaler berwarna oren, perlu diambil 2 kali setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ini bertujuan mencegah asthma dari menyerang.

Inhaler berwarna biru pula diambil hanya bila perlu. Ia bertujuan untuk merawat asthma.Boleh diambil maksimum 4kali pam pada satu masa. Sekiranya asthma tidak reda,pesakit perlu dibawa terus ke hospital.

Bermula 20/11/2014 sehingga Februari 2015 Ikhwan menggunakan Inhaler berwarna oren setiap hari bagi langkah pencegahan. Namun,setiap bulan, Ikhwan masih diserang asthma dan terpaksa menggunakan inhaler berwarna biru dan kadang kala terpaksa bawa ke klinik kerana inhaler tidak dapat membantu Ikhwan.

Pada Februari 2015 Ikhwan ditahan wad dalam keadaan saya berpantang melahirkan Aisyah.Semenjak itu, saya ikhtiar berikan Ikhwan omega guard bagi mengawal asthmanya.


Pencegahan 4 :
Mengamalkan Omega Guard yg membantu mengurangkan keradangan paru-paru dan sekaligus mengelakkan asthma datang menyerang.
Semenjak amalkan omega Guard bermula Februari 2015 sehingga kini 3 Oktober 2015, Ikhwan tidak pernah mengalami masalah pernafasan. Ikhwan juga telah bebas terus dari menggunakan kedua-dua inhaler yg diberikan.

Antara testimoni pengamal omega guard



Asthma merupakan penyakit yang serius. Ia juga menyebabkan banyak aktiviti penghidapnya terganggu. Kawal asthma untuk masa depan yang lebih baik.

011.3232.4520
COD sekitar Muar, Batu Pahat dan Melaka.



Thursday 1 October 2015

Oktober Promotion!!!


Entry kali ini nak habaq kat semua orang tentang promosi hebat bulan ni...

1) Vitamin E

DISKAUN 50%!!!!!

Vitamin E memang terkenal dalam set kecantikan kerana ia membantu memudarkan parut dan mengurangkan kedutan.

Ia  mengandungi Silenium yang membantu mengurangkan pembengkakan prostat.

Oh ya!!!
Promosi kali ni ialah penghabisan stok. Bermakna selagi stok masih ada.
So, jangan ketinggalan untuk dapatkan PROMOSI 50% ni..

2) Omega Guard

Promosi diskaun 5 %  dan FREE sebotol


Omega Guard 
Supplement yang tak boleh putus untuk keluarga saya


Anak saya Ikhwan mempunyai masalah Asthma.

Sebelum usia setahun,Ikhwan kerap warded disebabkan masalah pernafasan.
Setiap bulan, sekurang-kurangnya sekali Ikhwan akan diserang masalah pernafasan.

Masalah Ikhwan akan saya perincikan dalam entry yang akan datang. Semoga ia boleh membantu ibu-ibu menangani anak yang menghadapi masalah asthma. InsyaAllah

Omega Guard merupakan supplement untuk kami sekeluarga

Suami saya amalkan bagi membantu masalah sendi yang dia alami.

Saya amalkan sebagai penggalak perkembangan minda Aisyah kerana saya masih menyusukan Aisyah. Juga amat membantu saya mengurangkan berat badan ( ibu lepas bersalin pasti faham masalah ini kan)hehe... 

Untuk anak sulong saya Muhammad Iman. Membantu perkembangan otaknya dan pada masa yang sama meningkatkan imun badannya. Iman pun sebelum nie sering sangat demam. Teerlalu mudah jatuh sakit.

Dan semestinya untuk Ikhwan kerana masalah asthma.

OK next

3) GLA Complex

Promosi diskaun 5 %  dan FREE sebotol





GLA complex ni terkenal juga sebagai Ladies Bestfriend kerana banyak membantu masalah yang dialami oleh wanita.

4) Vitalea for children

Promosi  FREE sebotol
Vitalea berperisa anggur yang pasti disukai anak-anak..
Mak-mak pun suke jugak...hihi


Apa faedahnya Vitalea buat anak-anak?

Vitalea melengkapkan nutrisi yang sepatutnya diambil oleh anak-anak kita dalam menu seharian mereka.
Seperti contoh diatas, anak-anak kita tak mampu nak makan 4 cawan brokoli dan 6.5 cawan taugeh dalam sehari!!
Mak ni pun tak mampu nak masakkan anak-anak sayur sebanyak tu kan...

Nutrisi yang lengkap membantu perkembangan tubuh dan minda anak-anak kita..

5) Vitalea
Sempena usianya yang ke 100 tahun. Shaklee ingin berikan Vitalea ini secara PERCUMA untuk anda...

Bagaimana nak dapatkan? Klik disini


Shaklee Muar
COD Muar,Batu Pahat dan Melaka
011.3232.4520





Thursday 24 September 2015

Mencari produk terbaik untuk menjana pendapatan??

Entry ini menerangkan bagaimana untuk anda menjana pendapatan dengan mudal kurang dari RM100.00 dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos perubatan anda dan keluarga.

Tahun 2015 merupakan tahun pertumbuhan pelbagai produk seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Adakah anda bakal usahawan yang ingin menjual produk yang benar-benar berkualiti??

Jika YA!!!!
Teruskan bacaan anda...

Produk kami mempunyai ciri-ciri ini


Produk kami diyakini hampir seluruh dunia dan telah berusia 100 tahun bermula dari tahun 1915. Produk kami bukan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan yang memenuhi permintaan pelanggan tanpa membuat kajian klinikal dahulu.



Ahli sukan memerlukan badan yang sentiasa sihat dan bertenaga untuk berjaya dalam bidang mereka. Shaklee pilihan mereka.


Shaklee menjadi pilihan utama bagi NASA. 


Sudah berusia 100 Tahun menunjukkan Syarikat ini mempunyai produk yang berkualiti dan mempunyai latar belakang syarikat yang kukuh. 

3C yang ditawarkan oleh Shaklee.

Sehingga kini Shaklee masih terus berkembang dan tidak pernah berhenti membayar berjuta bonus kepada para pengedarnya.

Shaklee juga telah berkembang ke beberapa buah negara


Ingin menjadi pengedar bersama kami??

Ingin memulakan bisnes dgn bermodalkan kurang dari RM100.00?


Minat berniaga??
Ingin menjana pendapatan tambahan??

Mulakan langkah pertama anda!

Mudah sahaja!!

SMS / WhatsApp "Daftar Ahli" ke 011.3232.4520.

Saya akan bantu anda untuk menerangkan lebih lanjut mengenai bisnes ini.

Kemudian anda tentukan!!!


PROMOSI!!!!!!

Promosi akan tamat tepat jam 11.59 malam pada 31 Oktober 2015.

Dapatkan Keahlian segera  dengan produk percuma bernilai RM88.75

Monday 21 September 2015

Pendaftaran Tadika dan Taska Sri Aulad Muar sesi 2016




 Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini saya ingin menguar-uarkan mengenai pembukaan bagi permohonan kemasukan ke Taska dan Tadika Sri Aulad bagi sesi 2016.

Sesi pendaftaran dan pembayaran yuran akan dijalankan pada 22 November 2015. Ibubapa yang berhajat menghantar anak-anak ke Sri Aulad perlu mengisi borang permohonan dahulu sebelum 22 November 2015 kerana tempat adalah terhad.

Borang permohonan boleh didapati di sini atau datang terus ke Sri Aulad.
Pengesahan kemasukan akan dilakukan melalui surat atau email.
Borang pendaftaran dan senarai yuran juga akan disertakan bersama pengesahan kemasukan tersebut.

22 November 2015 hari ahad merupakan hari cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Ini memudahkan ibubapa hadir untuk membuat pengurusan pendaftaran pada hari tersebut.

Diharap semua ibubapa maklum. Sebarang petanyaan boleh hubungi 011.3232.4520( Puan Haryani)

Taska dan Tadika Sri Aulad Muar

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lama tidak menulis disini diatas beberapa kekangan.

Alhamdulillah,hari ini mula kembali menulis sebagai pemanas enjin saya dengan memperkenalkan Taska dan Tadika Sri Aulad yang telah dibuka bermula tahun 2014 dibawah naungan Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah bertempat di Parit Jawa,Muar Johor.



Gambar pada Oktober 2013.

Sri Aulad di blok hijau tingkat bawah. Tahun 2013 belum wujud lagi sri Aulad.


Gambar Sri Aulad ketika bulan pertama operasi. Playground baru sampai dan belum dipasang lagi.

Waktu ni belum ada rubber tile.so,pasang la tilam ni sebagai keselamatan untuk anak-anak Sri Aulad bermain.

Alhamdulillah,dah ada rubber tile. Lebih selamat untuk mereka.



Batch pertama Tadika Sri Aulad pada tahun 2014.


Batch kedua Sri Aulad Tahun 2015

Aktiviti Sepanjang 2015.


aktiviti mewarna


Hari terbuka 2015
Kelas tambahan cuti sekolah.

Saya berperanan sebagai pengurus Sri Aulad. Sebarang pertanyaan mengenai Sri Aulad atau Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah boleh hubungi:
 011.3232.4520 (Puan Haryani) atau 06-9874240 (pejabat)


Friday 3 July 2015

Baby Demam,Apa Ibu Full BF Patut Buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam Aisyah selepas Zohor asyik menangis je..
Macam ada yang tak kena..

Sy da check semua tapi rasa macam tak ada apa-apa.. Tidur pun sekejap-sekejap je.. tidurnya tak lena. Hemak ni dah risau,nape lah anak dara Ummi nie..


Lepas Asar tu dah perasan,badan dia dah mula macam nak demam... Alahai anak,janganlah sakit...
Salah Ummi juga. Aisyah hari ini baru 5 bulan 2 hari dan full breastfeed. Sy pula jenis yg tak suka beri ubat-ubatan kecuali memang betul-betul perlu.So,Ummi lah yg perlu bekalkan zat nutrient yg penting untuk Aisyah. sy perlu naikkn imun badan saya supaya Aisyah pun sama mempunyai imun badan yg tinggi. So,xdelah Aisyah senang kena demam selsema.

Lepas selesai berbuka, Sy ambil Vitamin C Shaklee. Sebab Vitamin C Shaklee membantu menaikkan imun badan. Biasanya memang sy x skip ambil Vitamin semua ni. Sejak berpuasa ni,jadual sy ambil vitamin dah kucar kacir berlari.


Tengah malam tu sy jangka suhu badan Aisyah akan makin meningkat. alhamdulillah, suhu badan Aisyah dah normal..YEAH!!!! suke la kan...anak sihat..

So,pengajaran pada diri saya.. Supplement yang selamat dan semulajadi amat penting bagi kita sekarang ni. Kerana kebanyakan apa yang kita makan nutrient yang terdapat padanya mungkin 30% sahaja. Jadi walaupun kita mengamalkan makanan seimbang,belum tentu mampu memberikan nutrisi secukupnya pada tubuh kita.

Ataupun mungkin anda boleh ambil makanan berikut yang mengandungi Vitamin C untuk menaikkan imun badan.
Berapa jumlah yang sepatutnya diambil sehari?
Tubuh normal seorang manusia memerlukan 1000mg Vitamin C dalam tubuh.jika lebih ia akan terus dibuang melalui urine kita.

Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg didalam 1 tablet. Ia bersamaan dengan 7 biji buah limau.
Jadi mungkin anda boleh mengambil sekurang-kurangnya 7-14 biji buah limau untuk mendapatkan Vitamin C yg mencukupi dalam diet seharian.


Saya yakin semua nak SIHAT dan JIMAT kan?
Jom buat kira-kira sikit..


Gambar ni Januari 2014, sekarang Julai 2015. Saya yakin harga terkini lebih mahal.

Sebotol Vitamin C 180 biji = RM92.50
Harga sebiji Vitamin C = RM0.51

1kg limau kita anggarkan 7 biji (sy rasa mungkin lebih 1kg)
7 biji (1kg) = RM3.99

1 tablet Vitamin C = 7 biji buah limau
RM 0.51 =  RM3.99

Yang mana lebih murah dan mudah??
Anda tentukan...