Friday 3 July 2015

Baby Demam,Apa Ibu Full BF Patut Buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam Aisyah selepas Zohor asyik menangis je..
Macam ada yang tak kena..

Sy da check semua tapi rasa macam tak ada apa-apa.. Tidur pun sekejap-sekejap je.. tidurnya tak lena. Hemak ni dah risau,nape lah anak dara Ummi nie..


Lepas Asar tu dah perasan,badan dia dah mula macam nak demam... Alahai anak,janganlah sakit...
Salah Ummi juga. Aisyah hari ini baru 5 bulan 2 hari dan full breastfeed. Sy pula jenis yg tak suka beri ubat-ubatan kecuali memang betul-betul perlu.So,Ummi lah yg perlu bekalkan zat nutrient yg penting untuk Aisyah. sy perlu naikkn imun badan saya supaya Aisyah pun sama mempunyai imun badan yg tinggi. So,xdelah Aisyah senang kena demam selsema.

Lepas selesai berbuka, Sy ambil Vitamin C Shaklee. Sebab Vitamin C Shaklee membantu menaikkan imun badan. Biasanya memang sy x skip ambil Vitamin semua ni. Sejak berpuasa ni,jadual sy ambil vitamin dah kucar kacir berlari.


Tengah malam tu sy jangka suhu badan Aisyah akan makin meningkat. alhamdulillah, suhu badan Aisyah dah normal..YEAH!!!! suke la kan...anak sihat..

So,pengajaran pada diri saya.. Supplement yang selamat dan semulajadi amat penting bagi kita sekarang ni. Kerana kebanyakan apa yang kita makan nutrient yang terdapat padanya mungkin 30% sahaja. Jadi walaupun kita mengamalkan makanan seimbang,belum tentu mampu memberikan nutrisi secukupnya pada tubuh kita.

Ataupun mungkin anda boleh ambil makanan berikut yang mengandungi Vitamin C untuk menaikkan imun badan.
Berapa jumlah yang sepatutnya diambil sehari?
Tubuh normal seorang manusia memerlukan 1000mg Vitamin C dalam tubuh.jika lebih ia akan terus dibuang melalui urine kita.

Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg didalam 1 tablet. Ia bersamaan dengan 7 biji buah limau.
Jadi mungkin anda boleh mengambil sekurang-kurangnya 7-14 biji buah limau untuk mendapatkan Vitamin C yg mencukupi dalam diet seharian.


Saya yakin semua nak SIHAT dan JIMAT kan?
Jom buat kira-kira sikit..


Gambar ni Januari 2014, sekarang Julai 2015. Saya yakin harga terkini lebih mahal.

Sebotol Vitamin C 180 biji = RM92.50
Harga sebiji Vitamin C = RM0.51

1kg limau kita anggarkan 7 biji (sy rasa mungkin lebih 1kg)
7 biji (1kg) = RM3.99

1 tablet Vitamin C = 7 biji buah limau
RM 0.51 =  RM3.99

Yang mana lebih murah dan mudah??
Anda tentukan...



Thursday 2 July 2015

Tips Penting Meraih Jutawan di Hari Jumaat

Bismillah ArRahman ArRahim

Entry pertama

Hari ini 
Jumaat 3 Julai 2015
bersamaan 16 Ramadhan 1436H
jam 11.20 pagi.

(hihi...penting nie,sebab inilah catatan sejarah selangkah aku dlm dunia blogging)

First at all, sebenarnya blur juga nak masukkan entry pertama ni.
So, disebabkan hari ini hari Jumaat  nak share sedikit tips untuk meraih jutawan di hari jumaat.
Kenapa hari jumaat,bukan hari lain??
Jom baca sikit apa keistimewaan hari jumaat ni..

1. Hari Mustajab Berdoa

Rasulullah saw bersabda : ''Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT seseuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.''      ( Hadis riwayat Tarmizi)
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu :
  • Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat jumaat 
  • Pada akhir waktu asar 
2. Hari Dihapuskan Doa
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
3. Hari Lebih Utama Bersedekah
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .

Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
4. Hari Meraih Pahala
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
Okay,dah baca keistimewaan hari jumaat??
Ini pula Tips Utama untuk Meraih Jutawan
Banyakkan berdoa,bersedekah dan dekatkan diri pada Allah.Bersangka baik pada Allah.InsyaAllah, Allah akan berikan apa yang kita perlukan didunia ini.
Semoga kita bersama meraih jutawan didunia dan akhirat.Aameen..^_^

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan dalam entri sy yang pertama ini.

Terima kasih kerana sudi membaca entri pertama ini dan semoga ia memberi sedikit manfaat pada kita semua.