Friday 2 October 2015

4 Langkah mencegah serangan asthma

Bismillah..
Entry kali ini nak berkongsi dengan para pembaca bagaimana untuk mengawal asthma berdasarkan pengalaman saya bersama anak saya.

Selepas Ikhwan berusia setahun, dia sering diserang masalah pernafasan dan sering ditahan wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah selama 3-5 hari.

Pada peringkat awal, doktor belum mengesahkan Ikhwan menghidap asthma kerana faktor usianya yg masih kecil. Semenjak itu, hampir setiap bulan Ikhwan memerlukan bantuan pernafasan menggunakan nebulizer dari Klinik Kesihatan berdekatan. Ketika ini Ikhwan belum dibekalkan inhaler kerana doktor pakar belum mengesahkan penyakit Ikhwan.
Ketika Ikhwan berusia 2 tahun 4 bulan barulah doktor mengesahkan Ikhwan asthma dan membekalkan Inhaler sebagai pencegahan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah pernafasan ini berlaku. Saya sertakan bersama langkah-langkah untuk mengatasinya.



Faktor :
Cuaca yang tidak menentu samada terlalu panas atau terlalu sejuk ataupun panas dan sejuk tidak menentu boleh membuatkan masalah pernafasan berlaku. Suhu badan yang tidak stabil akan mengganggu sistem tubuh dan boleh mengakibatkan demam.

Pencegahan 1:
Mengawal suhu badan
Ketika cuaca panas terik, saya biarkan Ikhwan tidak berbaju didalam rumah.cukuplah hanya berseluar. Ikhwan juga saya tidak biarkan terdedah dengan cahaya matahari diluar rumah. Waktu untuknya bermain diluar biasanya selepas jam 5.30petang.
Ketika cuaca sejuk, Ikhwan akan berbaju lengan panjang dan seluar panjang.



Faktor : Ini merupakan penyerang utama bagi Ikhwan. Dia mudah jatuh sakit apabila bermain atau berhampiran dengan sesiapa sahaja yg sedang selsema atau batuk.

Pencegahan 2:
Elakkan pesakit asthma berhampiran dengan sesiapa shj yg kurang sihat. Ini adalah yang paling sukar dilakukan dlm langkah pencegahan asthma. Apabila mereka dijangkiti batuk dan selsema, Asthma akan lebih mudah menyerang kerana kuman telah berada didalam paru-paru mereka.





Faktor: Asap rokok dan bulu haiwan boleh memasuki ruang paru-paru dan menggangu pengaliran udara. Walaupun bukan pesakit asthma juga mudah terganggu dengan kedua-dua ini.

Pencegahan 3 :  Jauhkan pesakit asthma dari orang-orang yang sedang merokok. Elakkan membela haiwan berbulu didalam rumah. Sekiranya suka dengan haiwan berbulu, pastikan tidak mencium haiwan tersebut.

Inhaler yang dibekalkan kepada Ikhwan

Inhaler berwarna oren, perlu diambil 2 kali setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ini bertujuan mencegah asthma dari menyerang.

Inhaler berwarna biru pula diambil hanya bila perlu. Ia bertujuan untuk merawat asthma.Boleh diambil maksimum 4kali pam pada satu masa. Sekiranya asthma tidak reda,pesakit perlu dibawa terus ke hospital.

Bermula 20/11/2014 sehingga Februari 2015 Ikhwan menggunakan Inhaler berwarna oren setiap hari bagi langkah pencegahan. Namun,setiap bulan, Ikhwan masih diserang asthma dan terpaksa menggunakan inhaler berwarna biru dan kadang kala terpaksa bawa ke klinik kerana inhaler tidak dapat membantu Ikhwan.

Pada Februari 2015 Ikhwan ditahan wad dalam keadaan saya berpantang melahirkan Aisyah.Semenjak itu, saya ikhtiar berikan Ikhwan omega guard bagi mengawal asthmanya.


Pencegahan 4 :
Mengamalkan Omega Guard yg membantu mengurangkan keradangan paru-paru dan sekaligus mengelakkan asthma datang menyerang.
Semenjak amalkan omega Guard bermula Februari 2015 sehingga kini 3 Oktober 2015, Ikhwan tidak pernah mengalami masalah pernafasan. Ikhwan juga telah bebas terus dari menggunakan kedua-dua inhaler yg diberikan.

Antara testimoni pengamal omega guard



Asthma merupakan penyakit yang serius. Ia juga menyebabkan banyak aktiviti penghidapnya terganggu. Kawal asthma untuk masa depan yang lebih baik.

011.3232.4520
COD sekitar Muar, Batu Pahat dan Melaka.