Monday 21 September 2015

Pendaftaran Tadika dan Taska Sri Aulad Muar sesi 2016




 Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini saya ingin menguar-uarkan mengenai pembukaan bagi permohonan kemasukan ke Taska dan Tadika Sri Aulad bagi sesi 2016.

Sesi pendaftaran dan pembayaran yuran akan dijalankan pada 22 November 2015. Ibubapa yang berhajat menghantar anak-anak ke Sri Aulad perlu mengisi borang permohonan dahulu sebelum 22 November 2015 kerana tempat adalah terhad.

Borang permohonan boleh didapati di sini atau datang terus ke Sri Aulad.
Pengesahan kemasukan akan dilakukan melalui surat atau email.
Borang pendaftaran dan senarai yuran juga akan disertakan bersama pengesahan kemasukan tersebut.

22 November 2015 hari ahad merupakan hari cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Ini memudahkan ibubapa hadir untuk membuat pengurusan pendaftaran pada hari tersebut.

Diharap semua ibubapa maklum. Sebarang petanyaan boleh hubungi 011.3232.4520( Puan Haryani)

No comments:

Post a Comment